Monday 28 April 2014

The Meaning Of Lost

Kenapa bukan semua benda yang kita nak kita tak dapat ? 

Kenapa apa yg kita rancang tak semuanya menjadi ?

Kenapa  orang lain selalu betul kita salah ?

Kenapa semua benda yang kita sayang.... HILANG ?


Persoalan-persoalan yg seringkali kita tanya bila hati ini dilanda ketidakpuasan.. Tapi kan pernah terfikir tak kenapa Allah tak bagi apa yg kita nak ? Sebab dia tahu apa yang kita perlu meskipun kita kadang-kadang merungut dengan apa yg kita ada.

Harini Alia nak kongsi sikit,tentang makna sebenarnya kehilangan.. Cuba perhatikan hidup kita sekarang ni, kita banyak bergantung kpd org kan. Kita nak baju suruh ayah belikan, nak handpone mak belikan,nak makan suruh kakak masakkan. Kesimpulannya mmg dalam hidup ni kita banyak bergantung pada orang.

Misalnyalah suatu hari nanti bila org2 yg kita sayang ni,benda-benda yg kita syg ni Allah ambil dari pinjamanNya,agak-agak apa perasaan kita?

Tapi ada satu hikmah yg kita akan nampak bila kita hilang benda yg kita sayang..

Nak tahu?

Hikmah kehilangan org yg  kita sayang adalah kita akan lebih bergantung pada Allah swt. Maknanya, kebergantungan kita pada Allah akan lebih mendalam. Dalam dunia ni, hebat macam mana pun kita, besar macam mana pun kita, kaya macam mana pun kita TETAP takkan boleh LAWAN kekuasaan Allah swt.

Jadi.. Nak sedih tu boleh. Allah tak larang pon kita bersedih. Tapi biarlah berpada-pada.

Alia pun pernah kehilangan orang yg Alia sayang.

Tapi satu je yang masih tinggal harapan dan janji-janji yg pernah dibuat. Masa ni adalah masa untuk Alia kotakan harapan dan janji-janji yg pernah dijanjikan dgn arwah.

Susah nak move on. Tapi tak bermakna TAK BOLEH MOVE ON kan.

Be strong and stay strong.








Friday 14 June 2013

The most important person in my life !

                            hahhhhh.. Dah bOsan sangat dan akU tak tahu nak buat apa....

So solutionnya, aku pon merajinkan lah diri aku utk menaip bait-bait ayat yg ingin ak coretkan di sini :)
Aku tak sangka, hehe..Tak sangka sebab aku adalah antara insan-insan bertuah yg terpilih dalam menjalani kehidupan yg sungguh indah di dunia ini.

Aku dapat rasai segala ranjau dan onak duri sepanjang 18 tahun aku bernafas di bumi Allah ini. Paling penting apa yg aku rasa sekarang, aku bahagia dan nak rasa bahagia dalam membahagiakan org di sekeliling aku .. WHOOOAAAhhh..

Ok, dalam coretan ak utk kali ini.. Aku nak cerita sikit pasal "someone" yang amat bermakna dalam hidup aku. First of most mestilah parents aku .. My Boss a.k.a My Bodyguard.. Encik Baharudin b. Zam dan juga permaisurinya a.k.a My Mum, Puan Asiah bt Sanik.. Alhamdullilah, terima kasih ya Allah kerena Engkau telah memberikan aku dua org malaikat yg selalu membantuku dalam menempuh perjalanan hidup yg sememangnya power dan mengancam ini... Tanpa mereka, mana mungkin aku dapat berkongsi rasa kasih dan sayang yg membentuk aku utk menjadi insan yg berguna.. Well, mcm yg aku belajar, hidup kita ni mmg kena selalu diberi motivasi supaya nanti takde la terus terleka dan terus hanyut mengejar "useless things" yg x beri apa2 manfaat pon.. Di samping tu,dlm hidup ni jugak kita perlu ada pembimbing supaya hidup ni takkan terus terpesong. Sebagai seorang anak, aku rasa berkongsi masalah, cerita dan pengalaman dgn ibu bapa tu adalah salah satu cara yg terbaikkk ! ( tapi ada sesetengah perkara kita kene rahsiakan jugak.. hehehehe)

Friends, siblings... ya ya ya.. Every person came to my life have been lighten up my life and make it  soooo beautiful !!

Bercerita tetang My dad.. HURM HURMM... i think he is the most powerful man in this world and kalo bole aku nak sangat husband aku nnti mcm bapak aku ni hahhhh... TAPI kat mana ak nak cariii?? Mak aihh.. Sudah-sudah, dengar kisah pasal bapak aku ni xD
whooaa, whooaa.. Ayah aku ni simple je org nya.. takdela demand sangat.. Biasa-biasa je..Dia suka barang branded..(Ni mmg betul,tp time dia tgah kaya la kan)hehe.. Tapi apa yg aku kagum dgn dia kan, dalam life dia, dia x pernah merungut. Walaupon ada certain things yg aku dapat tahu sampai mengalir jugak laa air mata aku ni, tp dia still lagi bole tersenyum jeeee.. Cayalah bapak, wa sayang sama luuu.. Lekkk luu.. HAHA.. Seumur hidup aku bapak aku  x pernah la marah terok dgn aku. Cuma time darjah dua ak kena pukul dgn bapak aku sekali ngn adik-adik aku sebab apa ntah, aku pon x ingat.. Ala time tu tengah bodo, bodo.. So mmg sedap la kalo kne pukul pon. Mungkin sebab nakal sangat kot..

Paling aku suka dekat bapak aku ni,bila bab duit dia tak berkira sangat. Dia cool je. Kira mcm bagusla dan dia ni senang nak berunding.. Tapi ada masanya sakit hati jugak bila menyembang dgn dia, terutamanya dlm bab kehidupan. Selalunya aku jugak la yg kena, bila nak block balik statement dia mesti tak  bole dan of course akan buat aku terngangaaaa!! Bapak aku nak aku belajar rajin-rajin and achieve apa yg aku nak dlm hidup ni sebab dia tak nak aku repeat apa yg dia masih dia kecik2 dulu.. HAHA.. ye la sanggup ponteng sekolah then panjat pagar sekolah semata-mata nak curi buah rambutan n mandi sungai ==" ==' sekali melepak ngn geng-geng budak nakal kat kampung tu.. Elehh, tak ya nk selindung la Cik Din oi, akak tahu apa yg ayah buat laa  =__=  hehe. Disebabkan kenakalan dia tu la dia jadi stundent yg tak berjaya. Sebab tu la dia nak aku dan adik2 aku yg lain belajar rajin2 dan make life better.. Tak yah kaya pon takpe katanya, yang penting jgn SALAH LAKU dan jadi anak yg solehah, supaya nnti dapat doakan dia bila dia dah takde ....


Pernah satu ayat bapak aku cakap kat aku bila aku ni kadang-kadang merungut dengan life aku...
 Kamu jangan risau selagi kamu masih berada bawah jagaan ayah jangan kamu pikir nak org lain jaga kamu. Susah macam mana pon kamu masih ada ayah, benda ni akan tetap berterusan sampaillah kamu dah kahwin. Selagi belum berkahwin jangan mimpi nak mengedikk...

haritu time menyembang dgn big family dia bole ckp mcm ni depan semua aunt and uncle aku
(Nada memerli ni) Jangan nak mengedik, i love u laa sgt  bila laki bagi sekuntum bunga, ckp i love u oo bajet mcm dah x nampak dah org lain. Kamu ingat dialah laki yg terbaik sampai lupa mak bapak. Sampai terlupa sape yg bagi kamu makan,minum selama ni.. I love u konon, lepas tu ke hulu ke hilir ngn laki tu. Kamu buat mcm tu besok teros ayah kahwinkan. Tak payah hantaran ke benda kawin je terus.. HUISSSSHHH naya aku.. Aku tak nak kahwin lagi dohh.. Bole tahan segan jugak la aku time tu.. Tapi well as a cute daughter mestilah aku kena jaga maruah bapak aku.. Hahaha. Bajet mcm aku x tahu je bapak aku ada jugak pasang SPY kan ..


Tapi aku sayang la bapak aku.. HAHA.. My mum pon power jugak.. Dia pon sempoi jugak.. Lembut je orgnya. Kadang-kadang angin jugak . Mak aku merupakan wanita paling rajin yg pernah aku jumpa! Ikotkan dua2 mmg rajin tapi anak-anak dia boleh tahan pemalas jugak ..hehe.. *aku tak ehhh,, aku rajin wehhh,, gila rajinn* Tapi satu je la tentang parents aku, seteruk mana pon marah kat anak dorang tak pernah  lagi dorang keluar kan kata-kata kesat depan anak-anak mereka. Langsung aku tak pernah dengar.. Mungkin sebab ye la org tua Melayu zaman dulu, penuh dgn adat kesopanan.. Tahun 2013 ni  genaplah umor 57 tahun untuk ayah aku dan 51 untuk mak aku..


okeyhhhhh.. tu je laa nak merapu kat sini.. nnt-nnt kalo rajin aku update ler lagi ya.. wokeyyhh wokeyyyhhh .. Annyeong ~~~

Saturday 8 June 2013

New blogger !!

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah.. setelah sekian lama nak buat blog,baru hari ni terbuka pintu hati nak menaip dan mengekspresikan apa yg terbuku di hati.

Tiada apa-apa pun yg menarik tentang kisah hidup aku ni. Aku cuma seorang gadis biasa yg mempunyai pelbagai impian dan harapan dalam usaha mengejar dan mencapai matlamat hidup. Ingin menjadi anak yg solehah seterusnya menjadi manusia yg bermanfaat kpd org lain. 

Aku seorang gadis berusia 19 tahun,masih terlalu muda dan masih banyak lagi yg perlu aku pelajari dlm mengenal erti kehidupan ini. Setiap detik dan saat yg ada akan aku gunakan sebaik-baiknya kerana aku sedar ajal utk aku kian menghampiri dan masa yg diperuntukkan utk aku bagi hidup di dunia ini adalah terlalu singkat. Tiada masa berfoya-foya,tiada masa utk alpa dan leka.

Alhamdullilah, aku dikelilingi oleh insan-insan yg baik budi pekerti,hidup dalam keadaan harmoni, meskipun aku sedar setiap insan yg dilahirkan di dunia ini pasti tidak akan terlepas daripada menerima ujian dan dugaan yg harus dilalui.. Sedang menuntut di tingkatan 6 di mana sekolah aku hanya terdiri daripada semua pelajar lelaki.. Hanya di tingkatan 6 sahaja yg berbeza jantina.

Corak penulisan blog.. Setakat ni aku masih tak tahu aliran penulisan yg mcm mana aku nak ekspresikan dlm penulisan blog aku. Insyaallah, kalau boleh mestilah aku nak kongsikan sesuatu yg bermanfaat utk semua pembaca blog dan juga utk diri aku.. Cukup sampai di sini sahaja, semoga kita bertemu lagi di coretan yang seterusnya ... insyaallah :)