Saturday 8 June 2013

New blogger !!

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah.. setelah sekian lama nak buat blog,baru hari ni terbuka pintu hati nak menaip dan mengekspresikan apa yg terbuku di hati.

Tiada apa-apa pun yg menarik tentang kisah hidup aku ni. Aku cuma seorang gadis biasa yg mempunyai pelbagai impian dan harapan dalam usaha mengejar dan mencapai matlamat hidup. Ingin menjadi anak yg solehah seterusnya menjadi manusia yg bermanfaat kpd org lain. 

Aku seorang gadis berusia 19 tahun,masih terlalu muda dan masih banyak lagi yg perlu aku pelajari dlm mengenal erti kehidupan ini. Setiap detik dan saat yg ada akan aku gunakan sebaik-baiknya kerana aku sedar ajal utk aku kian menghampiri dan masa yg diperuntukkan utk aku bagi hidup di dunia ini adalah terlalu singkat. Tiada masa berfoya-foya,tiada masa utk alpa dan leka.

Alhamdullilah, aku dikelilingi oleh insan-insan yg baik budi pekerti,hidup dalam keadaan harmoni, meskipun aku sedar setiap insan yg dilahirkan di dunia ini pasti tidak akan terlepas daripada menerima ujian dan dugaan yg harus dilalui.. Sedang menuntut di tingkatan 6 di mana sekolah aku hanya terdiri daripada semua pelajar lelaki.. Hanya di tingkatan 6 sahaja yg berbeza jantina.

Corak penulisan blog.. Setakat ni aku masih tak tahu aliran penulisan yg mcm mana aku nak ekspresikan dlm penulisan blog aku. Insyaallah, kalau boleh mestilah aku nak kongsikan sesuatu yg bermanfaat utk semua pembaca blog dan juga utk diri aku.. Cukup sampai di sini sahaja, semoga kita bertemu lagi di coretan yang seterusnya ... insyaallah :)



No comments:

Post a Comment